Description: Terapi bekam adalah satu kaedah rawatan tradisional & komplementari dengan melekatkan cawan² yang telah dinyahudarakan atau diberikan tekanan negatif di atas permukaan kulit atau titik² tertentu dengan tujuan untuk mengadakan kesan² terapeutik tertentu. Secara umumnya terdapat 2 jenis utama terapi bekam iaitu terapi bekam kering (kulit yang disedut tidak dilukai) dan terapi bekam basah (kulit yang disedut dilukai).